SAHABAT TERNAK

Sunday, September 6, 2009

The Hatching Egg Industry





Kisah Anjing dengan Telur

Oleh : Zamri Keciks
Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu SubangDepa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabka n yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Ustaz Asraf b. Che Nor
Pemb. Hal Ehwal Islam

PENJAGAAN ANAK AYAM 2













PENJAGAAN ANAK AYAM 1

Penjagaan Ayam













Edit 3 (Jangan Delete!!!)

Telur Ayam




Turkey Industry

Ayam Belanda




TEMPAHAN ANAK AYAM KG/BELANDA









Tempahan anak ayam belanda dan anak ayam kampung dibuka sekarang, cepat jangan terlambat membuat tempahan.


Anak ayam belanda RM10.50 seekor.
Anak ayam kampung RM2.30 seekor.

hubungi ANGSADARIA atau ANGSADARIA RANGKAIAN PERAK sekarang untuk sebarang tempahan..

AYAM KAMPUNG


Ramai diantara kita yang teringin untuk menternak ayam kampung, namun tahukah anda ayam kampung sebenarnya mempunyai berbagai-bagai jenis dan ketogeri. Untuk membuat pemilihan dalam usaha untuk menternak, sebenarnya kita harus tahu serba sedikit cara memilih ayam kampung yang hendak kita ternak. Bedasarkan pembacaan dan cerita-cerita orang kampung, disini saya ingin berkongsi dengan anda tentang ayam kampung.

Ayam sebenarnya termasuk dalam kelas burung atau dalam bahasa bukunya Aves. pengertian ayam kampung adalah ayam-ayam tempatan yang masih ada di Malaysia seperti nama yang kita biasa dengar Ayam Nunukan, Ayam Kedu atau Ayam Pelung.

Lazimnya kepala ayam betina lebih kecil berbanding jantan, dalam masa setahun ayam betina boleh bertelur sebanyak 3 kali. Setiap kali bertelur ayam ini akan menghasilkan 12 hingga 18 bijitelur dengan berat sekurang-kurangnya 30 gram setiap biji.

Induk betina pula pertama kali bertelur sekitar 250 hari atau 8.5 bulan jika dihitung dari mula kita bela (dari kecil) sehingga saat ia bertelur.

Induk betina juga mampu mengeram telur antara 8 hingga 15 biji telur, biasanya saya akan letak 15 biji sekaligus tapi tak semuanya menjadi. Selepas anak ayam menetas, induk ayam akan mengasuh dan mengajar anaknya sehingga boleh bedikari sendiri. Situasi seperti ini biasa kita lihat di kampung-kampung. Berat anak ayam boleh meningkat sehingga 1/2 kg dalam masa 3 bulan.

CARA PENTERNAKAN LEPAS


Jika menternak ayam belanda dengan cara lepas memang banyak kelebihannya, antaranya ayam akan lebih sihat dan cantik. Dengan cara ini juga akan mengurangkan kos makanan kerana ayam-ayam tersebut akan memakan rumput yang tumbuh meliar dikawasan tersebut. Dari segi kos perladangan ia juga boleh menjimatkan kos meracun kerana ayam belanda gemar makan pelbagai jenis rumput termasuk batang pisang seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar di atas.

Saturday, September 5, 2009

Khasiat Air Soya

Soya mempunyai banyak khasiat

drink-soy

Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya

sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.
Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an.

Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-

  1. Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
  2. Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.
  3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, iron dan fosforus.
  4. Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.
  5. Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  6. Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.
  7. Mudah dicerna mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.
  8. Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
  9. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
  10. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  11. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
  12. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  13. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
  14. Tambahan:

Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.



percubaan

percubaan
Blog Widget by LinkWithin


TERATAK UNGGAS
:: "Rakan Ternak Anda" | www.al-huda13.blogspot.com::
Teratak Unggas, No.01, Parit 1 Banat, 45300, Sungai Besar,Selangor, MALAYSIA.
03-32247728 (Pejabat) | 03-32247728 (Fax) |013-2667840 (Mobile)
© Hakcipta Terpelihara 2007

  © Blogger template Starry by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP