SAHABAT TERNAK

Sunday, September 6, 2009

AYAM KAMPUNG


Ramai diantara kita yang teringin untuk menternak ayam kampung, namun tahukah anda ayam kampung sebenarnya mempunyai berbagai-bagai jenis dan ketogeri. Untuk membuat pemilihan dalam usaha untuk menternak, sebenarnya kita harus tahu serba sedikit cara memilih ayam kampung yang hendak kita ternak. Bedasarkan pembacaan dan cerita-cerita orang kampung, disini saya ingin berkongsi dengan anda tentang ayam kampung.

Ayam sebenarnya termasuk dalam kelas burung atau dalam bahasa bukunya Aves. pengertian ayam kampung adalah ayam-ayam tempatan yang masih ada di Malaysia seperti nama yang kita biasa dengar Ayam Nunukan, Ayam Kedu atau Ayam Pelung.

Lazimnya kepala ayam betina lebih kecil berbanding jantan, dalam masa setahun ayam betina boleh bertelur sebanyak 3 kali. Setiap kali bertelur ayam ini akan menghasilkan 12 hingga 18 bijitelur dengan berat sekurang-kurangnya 30 gram setiap biji.

Induk betina pula pertama kali bertelur sekitar 250 hari atau 8.5 bulan jika dihitung dari mula kita bela (dari kecil) sehingga saat ia bertelur.

Induk betina juga mampu mengeram telur antara 8 hingga 15 biji telur, biasanya saya akan letak 15 biji sekaligus tapi tak semuanya menjadi. Selepas anak ayam menetas, induk ayam akan mengasuh dan mengajar anaknya sehingga boleh bedikari sendiri. Situasi seperti ini biasa kita lihat di kampung-kampung. Berat anak ayam boleh meningkat sehingga 1/2 kg dalam masa 3 bulan.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin


TERATAK UNGGAS
:: "Rakan Ternak Anda" | www.al-huda13.blogspot.com::
Teratak Unggas, No.01, Parit 1 Banat, 45300, Sungai Besar,Selangor, MALAYSIA.
03-32247728 (Pejabat) | 03-32247728 (Fax) |013-2667840 (Mobile)
© Hakcipta Terpelihara 2007

  © Blogger template Starry by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP